Uncategorized

Gadis Maghribi, RM14,000??

Cuba bayangkan, wanita yang mempunyai wajah persis artis, berkulit gebu, subur, putih melepak, masih “dara”, bentuk tubuh menawan dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya boleh dijadikan isteri oleh para pencari cinta di luar sana hanya dengan RM14,000 sahaja lengkap dengan majlis kahwin dan bulan madu.
Acap kali kita dengar rungutan bakal pengantin yang kecewa dengan segelintir ibubapa pihak perempuan yang meletakkan harga yang melampau untuk melepaskan anak daranya.Alasan yang selalu diberi adalah kerana anaknya itu mempunyai Ijazah dan juga anak tunggal perempuan dalam keluarga berkenaan.

Perkara ini pernah juga saya dengar semasa menyaksikan rakan di”temubual” bakal mentuanya di mana ayat begini kedengaran :
“Kalau ikut kat sini, biasanya kalau pompuan tu kerja kilang, dalam RM5,000… tapi kalau perempuan tu ada Ijazah, mengaji tinggi.. orang biasa letak RM10,000″ – itu ayat yang saya dengar dalam 5-7 tahun lepas.. cuba bayangkan keadaan zaman sekarang .
Itulah sebabnya mengapa ada antara lelaki kita gemar berkahwin dengan gadis dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Selain murah dan mudah, wanita dari negara jiran ini juga dikatakan mempunyai tarikan tersendiri kononnya lebih penyayang. Tetapi akhirnya, poket sendiri yang goyang.
Trend wanita-wanita Malaysia yang lebih pentingkan kerjaya juga menjadi faktor kepada lelaki Malaysia menjauhi wanita ini. Mungkin juga kerana lambakan wanita-wanita penggoda dari negara jirang menjadikan wanita Malaysia agak terpinggir.
Namun, mungkin berita di akhbar dan ulasan kami pada hari ini membawakan berita baik buat golongan lelaki di luar sana tetapi mungkin berita buruk bagi kaum wanita kita.
Apa yang didedahkan akhbar hari ini adalah budaya (mungkin) baru sesetengah lelaki di Malaysia yang beralih tumpu kepada gadis-gadis dari Maghribi sebagai peneman hidup mereka. Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.
Harga RM14,000 tersebut adalah harga termasuk perbelanjaan ke Maghribi untuk mengahwini gadis disana. Kos adalah termasuk tambang kapal terbang pergi dan balik, majlis kahwin dan berbulan madu disana.
Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.
Sebenarnya, jika hendak dibandingkan, “harga” itu sama sahaja, tetapi memandangkan nilai matawang Malaysia adalah tinggi berbanding matawang Maghribi, ianya jatuh kepada kategori murah dan memuaskan

Antara keistimewaan dan kelebihan gadis Maghribi adalah :

  • Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.
  • Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik.
  • Gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.
  • Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.
  • Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami.
  • Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana. Woww!
  • Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.
Ekoran dari isu tersebut, wanita Malaysia harus sedar bahawa kedudukan mereka sekarang kian terancan. Ini kerana, trend ini membuatkan gadis tempatan semakin sukar untuk bertemu jodoh. Ini kerana, jika kebanyakan lelaki “berkualiti” di negara ini memilih jodoh dari kalangan gadis luar negara, pasti tempiasnya akan terasa kepada gadis tempatan.
Dahla sekarang wanita lebih pentingkan kerjaya, ditambah pula dengan hantaran yang melambung tinggi… makin “basi” lah orang tua-tua kata..

kredit : myberita

Advertisements

About justapip

''Blog Perkongsian Persendirian''

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: